top of page
Image by Kristina Flour

EMOSI & KESEJAHTERAAN

EMOSI & KESEJAHTERAAN

 

Kesihatan wanita bukan hanya tentang tubuh fizikal. Emosi dan kesejahteraan diri juga memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian.

 

Perubahan hormon, tekanan kerja, tanggungjawab keluarga, kurang tidur serta perubahan fasa kehidupan seperti selepas bersalin, perimenopaus dan menopaus boleh mempengaruhi emosi seseorang wanita.

 

Ada masanya wanita mungkin mengalami perubahan mood, mudah tersentuh atau marah, rasa tertekan, sukar tidur, kurang bersemangat atau keletihan emosi.

 

BILA PERLU AMBIL PERHATIAN?

 

Perubahan emosi sekali-sekala adalah perkara yang boleh berlaku. Namun, jika rasa sedih, cemas, tertekan atau perubahan emosi berpanjangan, semakin berat atau mula mengganggu kehidupan harian, berbincanglah dengan doktor atau profesional kesihatan untuk mendapatkan bantuan yang sesuai.

 

PENGALAMAN PENGGUNA WSR

 

Setiap wanita mempunyai pengalaman yang berbeza. Di bawah ialah perkongsian pengguna WSR berkaitan emosi, tenaga dan kesejahteraan diri mereka.

photo_2026-09-08 15.04.24.jpeg
bottom of page